Kenyataan Media Pakatan Harapan Kulai pada 5hb Ogos 2017 (Sabtu):

Pakatan Harapan berjanji bahawa penyelesaian masalah kesesakan dan keselamatan lalu lintas adalah keutamaan kalau Pakatan Harapan menang kerajaan selepas PRU ke-14. 

Masalah kesesakan lalu lintas sepanjang jalan utama Kulai kian menyusahkan penduduk Kulai dan pengguna jalan tersebut. Pihak kami seringkali membangkitkan permasalahan ini dalam Dewan Negeri dan juga Dewan Rakyat agar pihak berkuasa mengambil langkah penyelesaian dengan segera. Walau bagaimanapun, sehingga kini, kerja naik taraf jalan raya kawasan Kulai tidak mendapat perhatian langsung daripada kerajaan Barisan Nasional.

Berdasarkan maklum balas dalam Parlimen daripada Menteri Kerja Raya kepada Ahli Parlimen Kulai, Saudari Teo Nie Ching, projek jalan pintasan Kulai-Senai bukan keutamaan kerajaan negeri.

Barisan Nasional merupakan parti pemerintah di peringkat negeri Johor dan peringkat persekutuan. Namun, yang peliknya ialah, Ahli Majlis Perbandaran Kulai daripada parti Barisan Nasional yang sama telah menyeru wakil rakyat Pakatan Harapan agar memberi tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional itu.

Perkara pelik ini boleh terjadi sama ada kerana Ahli Majlis Perbandaran Kulai Barisan Nasional tidak mampu melaksanakan tugas mereka untuk menyelesaikan masalah rakyat, ataupun mereka sudah hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri sendiri, ataupun mereka sebenarnya tidak faham apa peranan mereka sebagai wakil parti pemerintah.

Hakikatnya, Pakatan Harapan Kulai telah meluluskan satu cadangan manifesto dalam Konvensyen Pakatan Harapan Kulai pada 25 Februari 2017.

Antara perkara dalam manifesto kami ialah untuk menaiktaraf jaringan jalan raya bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya. Antara komponen utama ialah menyegerakan projek meluruskan selekoh-S di Batu 24.

Semua ini akan menjadi keutamaan Pakatan Harapan jikalau menang kerajaan pada PRU ke-14.

 

Tuan Haji Tosrin Javanthi
Ketua PPBM Bahagian Kulai

Ustaz Hisham Md Zin
Pengerusi AMANAH Parlimen Kulai

Sdr. S. Gopalakrishnan
Pengerusi PKR Cabang Kulai

YB Wong Shu Qi
Pengerusi DAP Kulai