Sudah lama kita dengar bahawa kita akan lebih senang kalau kenalkan orang politik dalam BN. Lebih senang dapat kerja, lebih senang dapat bantuan, lebih senang dapat kontrak dan rumah!

Walaubagamanapun, sumber yang dipakai dan diperuntuk oleh tokoh-tokoh BN ini bukan sumber keluarga mereka. Sumber diagih oleh mereka sepatutnya dimiliki rakyat. Rumah mampu milik Johor pun adalah sumber awam yang seharusnya ditadbir secara adil untuk anak Johor.

Malangnya, kami dapat bahawa agak-agaknya 51% rumah mampu milik Johor dibina dalam empat tahun yang lalu adalah diperuntuk melalui kuota parti, iaitu Kuota Menegak Kerajaan (KMK).

Maksudnya, pemohon perlu buat permohonan melalui orang politik dalam parti komponen BN ataupun anda akan dapat unit rumah dengan cara yang lebih senang kalau kenalkan sesiapa dalam parti BN. Banyak cerita kita dengar dulu dan mungkin masih berlaku sekarang. Kita harap sahaja kejadian yang tidak adil sebigini tidak akan berlaku selama-lamanya.

#LuaskanHarapan
#HarapanJohor
#TolakKMK
#FaktaSemasa