Ucapan Khaled Nordin membuktikan bahawa Barisan Nasional di Johor telah panik dengan cabaran Pakatan Harapan.
Ucapan Khaled Nordin dua hari yang lalu menunjukkan betapa panik Barisan Nasional Johor selepas Pakatan Harapan menyiapkan struktur kepimpinannya pada 14hb Julai 2017. Khaled ingin merangsangkan semangat jentera Barisan Nasional. Sebaliknya, dia telah mendedahkan masalah keyakinan sendiri.
Ini bukan kali pertama Khaled berucap seperti seorang ahli politik tidak matang. Dia tidak sanggup menerima persaingan secara sihat dalam bidang politik. Maka, dia cuma boleh menafikan kewujudan Pakatan Harapan di dalam dan luar Dewan Undangan Negeri.
Khaled mungkin tidak sedar bahawa banyak dasar yang dilancarkan sepanjang empat tahun yang lalu adalah idea parti pembangkang. Walaupun dia beberapa kali menafikan dia menciplak idea pentadbiran Pakatan Harapan, fakta tetap fakta. Rakyat tahu Pakatan Harapan berjuang demi rakyat.
Khaled sendiri tidak hadir dan dengar apa yang dicadang oleh ADUN-ADUN pembangkang dalam Dewan. Dia cuma hadir untuk menjawab sebarang soalan yang dibentang oleh ADUN-ADUN Barisan Nasional untuk angkat diri. Jelasnya, Barisan Nasional yang menguasai agenda-agenda sidang dewan negeri, mereka sendiri tetapkan agenda, sendiri sepak bola, sendiri mengumumkan kemenangan. EXCO-EXCO sendiri pernah terima cadangan pihak pembangkang dan melaksanakannya.
Khaled tidak boleh nafi bahawa kerajaaan negeri Johor meniru dasar Pakatan Harapan untuk laksanakan perkhidmatan bas percuma. Pulau Pinang dan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Harapan adalah negeri-negeri yang melaksanakan dasar ini. Kerajaan BN di Johor cuma menyediakan perkhidmatan ini selepas parti pembangkang menyerah memorandum kepada EXCO berkenaan.
Namun begitu, Khaled masih gagal kerana dia ingin tunjukkan nama sahaja. Contohnya, pelaksanaan bas percuma di luar kawasan zon Iskandar. Dia melaksanakan pengembangan perkhidmatan itu untuk publisiti sahaja.
Kalau diteliti jumlah penumpang bagi laluan kawasan di Muar, Batu Pahat, Kluang dan sebagainya, kita akan dapati Khaled cuma mengeluarkan bajet yang kecil untuk dapat publisiti. Laluan bas tidak dibincang atau ditentu dengan proses yang sesuai sebelum perkhidmatan tersebut dilancarkan. Akhirnya, tiada penumpang yang ambil bas tersebut. Justeru, duit rakyat dibazirkan untuk bas kosong jalan di laluan tidak manfaat penduduk.
Satu lagi contoh adalah bantuan khairat kematian yang Khaled umumkan dalam dalam ucapan bajet hujung tahun lepas. Selepas enam bulan tahun 2017, baru kita dapat tahu bahawa Khaled Nordin tiru nama dasar Pakatan Harapan di Selangor tetapi tiada pengisiannya. Hanya RM10,000 sahaja diperuntukkan untuk setiap daerah; justeru, bukan semua anak Johor dibantu oleh skim ini.
Kalau kita bandingkan dengan negeri Selangor, ahli keluarga warga emas yang meninggal dunia boleh mendapat RM1,500 tak kira latar belakang kerana Pakatan Harapan adalah sebuah kerajaan yang menjaga dari kelahiran hingga kematian. Sebaliknya di Johor, ahli keluarga untuk golongan tertentu cuma boleh dapat RM300 sahaja. Walaupun nama dasarnya sama dengan Selangor, rakyat Johor tidak menikmati apa yang diperolehi di Selangor.
Ini adalah bukti bahawa Barisan Nasional Johor tiada idea untuk mentadbir. Malah, Khaled hanya mampu meniru, walaupun hanya pada nama, dan kemudian menuduh DAP dan Pakatan Harapan dengan tuduhan perkauman.
Ucapan Khaled Nordin cuma membuktikan bahawa Barisan Nasional di Johor telah panik dengan cabaran Pakatan Harapan. Rakyat Johor mahu kepada perubahan.